Dan Salam Sejahtera... Saya mengucapkan syukur ke hadrat ALLAH SWT kerana dengan limpah kurnia dan inayahnya telah mengizinkan Laman Web MARA Negeri Kelantan dilancarkan dengan sempurna. Dalam usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada pelanggan, khususnya dalam menyalurkan maklumat kepada pelanggan, MARA Negeri Kelantan telah mengorak langkah dalam merangka dan membangunkan Laman Webnya sendiri. Selain daripada memberi penerangan kepada pelanggan terhadap aktiviti yang dijalankan oleh MARA, Laman Web ini juga berkeupayaan untuk bertindak sebagai busines direktori dan media urusniaga era maklumat.
Pelancaran Laman Web ini adalah bertepatan dengan keperluan masa kini di mana dunia perdagangan telah terbuka dan tanpa sempadan berikutan dengan kepesatan teknologi komunikasi disamping perlaksanaan AFTA dan WTO pada tahun 2003 dan 2005.
Akhir kata saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam usaha merealisasikan Laman Web MARA Kelantan dan diharapkan ianya dapat dimanfaatkan oleh setiap lapisan pelanggan MARA.

Sekian, terima kasih.
ENCIK MOHD YUNUS BIN RAZALI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan