AKTIVITI MARA

Rabu, 8 Disember 2010

TAWARAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPMa

TAWARAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPMa

 TAWARAN PERMOHONAN UNTUK KEMASUKAN KE IPMa SESI JANUARI 2011 DILANJUTKAN SEHINGGA MINGGU PERTAMA JANUARI 2011.
 
BAGI MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI SILA HUBUNGI NOMBOR-NOMBOR BERIKUT:

         KPM         03-2691 5111, SAMB: 1736, 1744
      UniKL         03-2175 4031 /  4033 / 4027
               GMI          03-8921 9047 / 9288
           KPTM        03-9281 0762 / 9285 / 6033
          KKTM        03-2691 5111, SAMB: 3469, 3480, 3962

 atau layari


TAWARAN HANYA TERBUKA KEPADA KURSUS-KURSUS YANG MASIH ADA KEKOSONGAN SAHAJA

Isnin, 6 Disember 2010

HARI INOVASI 2010 (MARA NEGERI KELANTAN)

MAJLIS INOVASI MARA NEGERI KELANTAN 2010
YANG DIADAKAN PADA 5HB NOVEMBER 2010 
DI
DEWAN AUDITORIUM ,
KOMPLEKS MARA NEGERI KELANTAN

DIRASMIKAN OLEH 
PENGARAH MARA NEGERI KELANTAN
(Ybhg. Mohd Yunus Bin Razali)



Ahad, 5 Disember 2010

SEKAPUR SIRIIH SEULAS PINANG

             Dan Salam Sejahtera... Saya mengucapkan syukur ke hadrat ALLAH SWT kerana dengan limpah kurnia dan inayahnya telah mengizinkan Laman Web MARA Negeri Kelantan dilancarkan dengan sempurna. Dalam usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada pelanggan, khususnya dalam menyalurkan maklumat kepada pelanggan, MARA Negeri Kelantan telah mengorak langkah dalam merangka dan membangunkan Laman Webnya sendiri. Selain daripada memberi penerangan kepada pelanggan terhadap aktiviti yang dijalankan oleh MARA, Laman Web ini juga berkeupayaan untuk bertindak sebagai busines direktori dan media urusniaga era maklumat.

         Pelancaran Laman Web ini adalah bertepatan dengan keperluan masa kini di mana dunia perdagangan telah terbuka dan tanpa sempadan berikutan dengan kepesatan teknologi komunikasi disamping perlaksanaan AFTA dan WTO pada tahun 2003 dan 2005.

        Akhir kata saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam usaha merealisasikan Laman Web MARA Kelantan dan diharapkan ianya dapat dimanfaatkan oleh setiap lapisan pelanggan MARA.

Sekian, terima kasih.


ENCIK MOHD YUNUS BIN RAZALI